18 December 2011

BIASAKAN YANG BETUL...BETULKAN YANG BIASA

Dalam membina ayat seringkali kekeliruan berlaku sama ada dalam penggunaan imbuhan dan hukum DM yang tepat.  Contohnya kita sering keliru dalam ayat-ayat yang biasa kita gunakan seharian.


Contoh 1:
  
Contoh 2:

Penerangan:

LATIHAN BAHASA INTERAKTIF

1.  KLIK DI SINI  ANTONIM 1 (PERKATAAN BERLAWAN) 
   pastikan anda mendapat markah yang tinggi!!!  cubalah.


2. KLIK DI SINI  ANTONIM 2  (PERKATAAN BERLAWAN) 
   pastikan anda mendapat markah yang hebat!!! uji diri anda.

PERMAINAN BAHASA

Mari kita belajar sambil berhibur dengan pantun teka-teki bahasa Melayu

1. Klik di sini  Pantun Teka-teki 1 ( Bahagian Tubuh)


2.  Klik di sini  Pantun Teka-teki 2 (Bahagian Buah-buahan)


3. Klik di sini  Pantun Teka-teki 3(Bahagian Binatang)

15 December 2011

13 December 2011

Kesalahan Tatabahasa

Bahasa Melayu yang digunakan sebagai alat komunikasi pada hari ini telah dipengaruhi oleh bahasa pasar dan dialek.  Banyak penggunaan tatabahasa yang salah telah menjadi kebiasaan semasa berbual dan menulis sama ada dalam situasi formal ataupun sebaliknya.


Kesalahan Tatabahasa

6 December 2011

Bahagian C ( Nilai murni atau pengajaran)

Senarai  Nilai Murni

-        Baik hati
-        Berdikari
-        Berhemah tinggi
-        Hormat
-        Penyayang
-        Keadilan
-        Kebebasan
-        Keberanian
-        Kejujuran
-        Kerajinan
-        Berjimat cermat
-        Toleransi
-        Kesyukuran
-        Harmoni
-        Berdisiplin
-        Berwawasan
-        Menghargai
-        Patriotisme
-        Rasional
-       Kesederhanaan
-    Kerjasama
      -    Tekun

Senarai pengajaran 

-        Menyayangi ibu bapa dan keluarga
-        Mensyukuri anugerah tuhan
-        Bersifat murah hati
-        Ucap terima kasih
-        Mematuhi peraturan
-        Bersimpati pada golongan lemah
-        Sifat bertanggungjawab
-        Menepati masa
-        Amanah
-        Kesabaran membawa kejayaan
-        Menjaga keselamatan
-        Bersikap prihatin

BAHAGIAN C

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN LENGKAP

CONTOH JAWAPAN :


                           Terdapat beberapa pengajaran dalam petikan tersebut. Antaranya ialah kita mesti bersikap tidak mudah putus asa kerana kejayaan atau kemudahan akan kita peroleh jika kita terus berusaha.  Contohnya Makcik Munah berusaha sendiri walaupun kematian suaminya.  Pengajaran seterusnya ialah menolong ibu sendiri adalah sikap yang baik seperti yang dilakukan oleh Suzana menyediakan nasi lemak untuk jualan.  Selain itu, kita mesti menepati masa untuk latihan diri yang baik seperti  Suzana bangun tidur pada awal pagi setiap hari.  Pengajaran seterusnya ialah bersimpati dengan membantu adik  membuat persiapan untuk ke sekolah.  Pengajaran yang terakhir ialah berdisiplin dengan melaksanakan tugas yang diberi seperti Suzana yang mengulangkaji pelajaran dan menunjuk ajar adiknya.

Mahir Bahagian A

BAHAGIAN A


- Mentafsir Bahan Grafik


        10  markah
        Tiada had bilangan patah perkataan tetapi terhad kepada 5  ayat sahaja.
        Ayat berdasarkan bahan grafik yang diberikan

Cara Menulis Ayat:
Siapa  +  Kata Kerja  + Apa (ayat tunggal)
Mana/tujuan/objek/perkara (penerang)


Contoh jawapan :

1.   Tiga orang ahli pengakap sedang mendirikan khemah berhampiran sebatang sungai.
2.   Seorang ahli pengakap menyenduk nasi ke pinggan yang dipegang oleh rakannya menggunakan senduk.
3.   Seorang ahli pengakap menjerang air menggunakan cerek untuk membancuh minuman.
4.   Dua orang ahli pengakap menebas lalang menggunakan sabit berhampiran kawasan perkhemahan agar kelihatan bersih.
5.   Dua orang ahli pengakap mengandar seberkas kayu api sambil diperhatikan oleh ketua pasukan pengakap.

4 December 2011

TEKNIK MENJAWAB BM 2


Pengajaran Tatabahasa

Kata nama terdiri daripada kata nama am dan kata nama khas.


TATABAHASA

ASPEK KEMAHIRAN TATABAHASA 
a. meliputi penggunaan kata yang tepati seperti Kata Nama Am, Kata Ganti Nama, Kata Kerja, Kata Adjektif, Kata Hubung, Penjodoh Bilangan dan sebagainya.
b. Menentukan ayat yang sama maksud, kata banyak makna
KURSUS TATABAHASA

BAGAIMANA MENGAJAR BM UPSR(TAHAP2)

Di sini saya kongsikan cara-cara untuk mengajar BM kertas 2 khususnya. Jika ada maklum balas yang membina, dialu-alukan. Terima kasih.





TEKNIK MENANDA KERTAS BM2

Sebagai seorang guru yang mengajar bahasa Melayu sedikit sebanyak mesti mempunyai kemahiran menanda kertas sebagai salah satu pengetahuan yang berguna untuk disampaikan kepada murid-murid.
Tips Menanda Kertas BM2

Pengenalan BM 1 UPSR

FORMAT KERTAS 1( BM 1 UPSR) mulai tahun 2005 adalah seperti berikut:
Kod Kertas : 011
Jumlah soalan : 40 soalan
Bentuk soalan : Objektif Aneka Pilihan
Pilihan Jawapan : 3 pilihan iaitu A, B dan C atau 4 pilihan iaitu A, B, C dan D
Masa menjawab : 50 minit.

Pembahagian Soalan :
A) Kemahiran Berbahasa( Sistem Bahasa)
( Soalan 1 hingga 30)
1. Soalan kemahiran bahasa menguji pengetahuan tatabahasa calon.
2. Soalan-soalan dalam bahagian ini dibahagi kepada 2 bahagian utama;
a. Aspek Penggunaan Perkataan(morfologi)
b. Aspek ayat yang betul(Sintaksis)
3. Terdapat beberapa soalan yang disertakan denagn gambar ilustrasi sebagai
panduan calon untuk menjawab soalan yang diberikan.
Contoh:



Rosnani sedang ____________ gambar bunga di taman.
A melakar C mewarnai
B melukis D menconteng




4. Antara aspek kemahiran berbahasa yang ditanya dalam format terbaru ialah;
a. penggolongan kata
b. Pembentukan kata
c. Penggandaan
d. Pemajmukan
e. Pembentukan ayat
f. Kesalahan Umum Tatabahasa
B) Kemahiran membaca dan Memahami
( Soalan 31 hingga soalan 40)

1. Dua petikan pemahaman yang pelbagai jenis
2. Setiap petikan akan diikuti dengan 5 soalan pelbagai aras. Oleh itu, terdapat
10 soalan dalam bahagian ini.
3. Soalan-soalan yang dikemukakan biasanya;
a. Pemahaman tentang fakta, isi-isi penting, urutan peristiwa dan rumusan tajuk.
b. Pengetahuan maksud perkataan atau rangkai kata
c. Pengetahuan tentang peribahasa atau simpulan bahasa
d. penggunaan olahan matematik dan soalan berkaitan dengan sains
e. Pemahaman aspek nilai murni atau pengajaran dalam petikan.

3 December 2011

PENGENALAN BM 2 UPSR

FORMAT KERTAS

1.Kertas ini mengandungi 3 bahagian; Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C yang
memperuntukkan masa selama 1 jam 15 minit untuk menjawabnya.

2.Markah keseluruhan ialah 60 markah dengan pecahan markah seperti berikut;
Bahagian A : 10 markah
Bahagian B : 30 markah
Bahagian C : 20 markah

3.Respons terhad bewrmaksud jawapan yang diberi oleh calon mestilah berdasarkan
bahan rangsangan tersebut. Respons ini merujuk kepada Bahagian A dan Bahagian C.

4.Respons terbuka pula bermaksud calon boleh menulis apa jua bentuk ide-idea
berdasarkan pengalaman dan pemahaman calon. Respons ini khusus untuk Bahagian B.


BAHAGIAN A


1. Panduan Asas untuk menjawab bahagian A;

a. Baca dan fahami kehendak atau arahan soalan- pastikan anda tidak menulis
lebih daripada lima ayat.

b. Meneliti/memahaami situasi dan keadaan - catatkan aktiviti/situasi yang tersurat atau yang dapat dilihat. Elakkan menyatakan perkara yang tersirat.

c. Menulis ayat lengkap- sebaiknya satu aktiviti/situasi ditulis dalam satu ayat.
Bagi gambar bersiri, ayat boleh dibina secara bersinambungan.

d. Menyemak- semak ayat yang ditulis benar-benar berdasarkan aktiviti yang terdapat dalam gambar. Pastikan ayat yang ditulis mengikut struktur ayat, ejaan, tanda baca dan pemilihan kata yang tepat.




BAHAGIAN B

* 3 SOALAN KARANGAN DIKEMUKAKAN. PILIH 1 SOALAN SAHAJA.
Berikut beberapa cadangan sebelum, semasa dan selepas menulis karangan yang baik.

1. Baca dan fahami kehendak atau pertanyaan soalan. Gariskan maklumat penting daripada pernyataan soalan

2. Merangka atau mencatat isi-isi penting karangan- amalkan rangka karangan
dalam 3 bahagian penting; a. Pengenalan/pendahuluan
b. Isi (memadai 4 isi)
c. Penutup

3. Menulis karangan lengkap berdasarkan kerangka yang dicatat.- panjang karangan tidak kurang daripada 80 patah perkataan. Tuliskan dalam 6 perenggan yang ditulis dengan penggunaan struktur ayat yang baik dan ada menggunakan penanda wacana yang sesuai.

4. Semakan- baca semula karangan yang telah siap. Sewaktu membaca, selain memastikan isi dan keterangan serta contoh diberi betul, semak kosa kata, ejaan, imbuhan dan tanda baca. Jika ada kesalahan, betulkan.


BAHAGIAN C

Nilai murni /pengajaran; satu soalan sahaja dikemukakan. Berikut langkah-langkah untuk menjawab Bahagian C:

1. Baca dan fahami kehendak arahan soalan
- Arahan soalan meminta anda menulis beberapa nilai murni/pengajaran(ikut kehendak soalan) berdasarkan petikan yang diberi. Jawapan hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

2. Mencatat nilai murni/pengajaran
- Baca, gariskan seberapa banyak nilai murni/pengajaran yang terdapat dalam petikan. Kemudian, pilih 5 sahaja nilai murni/pengajaran.

3. Menulis ayat lengkap
- Berdasarkan 5 nilai murni/pengajaran, tulis dalam satu perenggan dengan menyatakan tentang nilai murni/pengajaran,sebab dan contohnya.

4. Menyemak -baca semula dan pastikan ayat yang digunakan lengkap dan mengikut struktur ayat yang betul.

23 November 2011

Bahagian B (Karangan)

Terdiri daripada  2 Bahagian:

a. Karangan Berformat 
-        Surat Kiriman Rasmi
-         Surat Kiriman Tidak Rasmi
-         Syarahan
-         Dialog
-         Laporan
-         Berita
-         Ucapan
-         Perbahasan
-         Catatan Harian

b. Karangan Tidak Berformat
-        Cerita
-         Melengkapkan cerita
-         Keperihalan gambaran
-         Fakta
-         Auto biografi
-         Biografi
-         Gambar