3 December 2011

PENGENALAN BM 2 UPSR

FORMAT KERTAS

1.Kertas ini mengandungi 3 bahagian; Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C yang
memperuntukkan masa selama 1 jam 15 minit untuk menjawabnya.

2.Markah keseluruhan ialah 60 markah dengan pecahan markah seperti berikut;
Bahagian A : 10 markah
Bahagian B : 30 markah
Bahagian C : 20 markah

3.Respons terhad bewrmaksud jawapan yang diberi oleh calon mestilah berdasarkan
bahan rangsangan tersebut. Respons ini merujuk kepada Bahagian A dan Bahagian C.

4.Respons terbuka pula bermaksud calon boleh menulis apa jua bentuk ide-idea
berdasarkan pengalaman dan pemahaman calon. Respons ini khusus untuk Bahagian B.


BAHAGIAN A


1. Panduan Asas untuk menjawab bahagian A;

a. Baca dan fahami kehendak atau arahan soalan- pastikan anda tidak menulis
lebih daripada lima ayat.

b. Meneliti/memahaami situasi dan keadaan - catatkan aktiviti/situasi yang tersurat atau yang dapat dilihat. Elakkan menyatakan perkara yang tersirat.

c. Menulis ayat lengkap- sebaiknya satu aktiviti/situasi ditulis dalam satu ayat.
Bagi gambar bersiri, ayat boleh dibina secara bersinambungan.

d. Menyemak- semak ayat yang ditulis benar-benar berdasarkan aktiviti yang terdapat dalam gambar. Pastikan ayat yang ditulis mengikut struktur ayat, ejaan, tanda baca dan pemilihan kata yang tepat.




BAHAGIAN B

* 3 SOALAN KARANGAN DIKEMUKAKAN. PILIH 1 SOALAN SAHAJA.
Berikut beberapa cadangan sebelum, semasa dan selepas menulis karangan yang baik.

1. Baca dan fahami kehendak atau pertanyaan soalan. Gariskan maklumat penting daripada pernyataan soalan

2. Merangka atau mencatat isi-isi penting karangan- amalkan rangka karangan
dalam 3 bahagian penting; a. Pengenalan/pendahuluan
b. Isi (memadai 4 isi)
c. Penutup

3. Menulis karangan lengkap berdasarkan kerangka yang dicatat.- panjang karangan tidak kurang daripada 80 patah perkataan. Tuliskan dalam 6 perenggan yang ditulis dengan penggunaan struktur ayat yang baik dan ada menggunakan penanda wacana yang sesuai.

4. Semakan- baca semula karangan yang telah siap. Sewaktu membaca, selain memastikan isi dan keterangan serta contoh diberi betul, semak kosa kata, ejaan, imbuhan dan tanda baca. Jika ada kesalahan, betulkan.


BAHAGIAN C

Nilai murni /pengajaran; satu soalan sahaja dikemukakan. Berikut langkah-langkah untuk menjawab Bahagian C:

1. Baca dan fahami kehendak arahan soalan
- Arahan soalan meminta anda menulis beberapa nilai murni/pengajaran(ikut kehendak soalan) berdasarkan petikan yang diberi. Jawapan hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

2. Mencatat nilai murni/pengajaran
- Baca, gariskan seberapa banyak nilai murni/pengajaran yang terdapat dalam petikan. Kemudian, pilih 5 sahaja nilai murni/pengajaran.

3. Menulis ayat lengkap
- Berdasarkan 5 nilai murni/pengajaran, tulis dalam satu perenggan dengan menyatakan tentang nilai murni/pengajaran,sebab dan contohnya.

4. Menyemak -baca semula dan pastikan ayat yang digunakan lengkap dan mengikut struktur ayat yang betul.

1 comment:

  1. Queen Casino: Slots, Table Games, and More
    Queen Casino クイーンカジノ is a fully licensed online gaming site. Play some of the most exciting online slot games including Blackjack, Roulette, 메리트카지노 Video Poker, 우리카지노 Keno and

    ReplyDelete